Ahmad Zahid sampai SPRM tepat pukul 3 petang - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid sampai SPRM tepat pukul 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tepat pukul 3 petang tadi. 

Ahmad Zahid tiba menaiki kenderaan jenis Lexus warna putih memakai kemeja batik. Beliau kelihatan ceria dan melambai tangan kepada petugas media yang membuat liputan sejurus tiba di sini tadi.

Semalam media melaporkan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan ditahan hari ini berhubung penyelewengan dana Yayasan Akal Budi untuk dituduh di mahkamah pada esok.

Turut kelihatan, sekumpulan penyokong beliau yang hadir sejak pukul 2 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN