Ahmad Zahid: Mahkamah terbaik untuk pembelaan - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid: Mahkamah terbaik untuk pembelaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Saya akan menggunakan mahkamah sebagai tempat yang terbaik untuk melakukan pembelaan.

Demikian kata-kata daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas keluar dari lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

“Saya akan menggunakan mahkamah sebagai tempat yg terbaik bukan hanya untuk melakukan pembelaan terhadap semua pertuduhan berkenaan tetapi untuk menjelaskan perkara-perkara yang termasuk di dalam tuduhan-tuduhan berkenaan,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datok itu beliau menerima dengan reda dan menganggap apa yang terjadi hari ini adalah satu ujian daripada Allah S.W.T.

“Saya amat reda dengan pertuduhan yang dibalingkan kepada saya dan saya serahkan kepada Allah S.W.T untuk menentukan ,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Terdahulu, Ahmad Zahid, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan 45 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN