KUALA LUMPUR 19 Okt. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dibenarkan bebas dengan jaminan RM2 juta setelah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas 45 pertuduhan pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM100 juta.
Mahkamah juga membenarkan jaminan tersebut dibayar secara ansuran iaitu RM1 juta dibayar hari ini dan bakinya diselesaikan dalam tempoh seminggu.
Hakim Azura Alwi turut memerintahkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyerahkan pasport sebagai syarat jaminan.
Mahkamah menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan kes. – UTUSAN ONLINE










