KAYUHAN. Seramai 70 ahli Kelab Basikal Galas (GCC) Gua Musang mengayuh basikal sejauh 60 kilometer bagi menyampaikan sumbangan kepada sebuah sekolah pondok di Dabong, Kuala Krai baru-baru ini. Presiden GCC, Ab. Aziz Yusoff berkata, program kayuhan amal itu adalah bertujuan menyampaikan sumbangan barangan makanan asas buat penghuni Pondok Tarbiah Al-Aulad Sungai Kenerongn. “Kami juga telah membuat jamuan nasi arab dihidangkan dengan tiga ekor kambing bakar untuk 80 pelajar pondok berkenaan,” katanya di sini kelmarin. Dalam program itu, peserta melalui beberapa laluan berbukit melalui Kampung Sungai Terah, Kampung Star, Kampung Pulau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya