PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Abdul Latiff tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya bagi prosiding reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka. Kedua-dua mereka tiba pada pukul 9.20 pagi diiringi oleh pegawai SPRM. Abdul Azeez dan Abdul Latiff berada dalam tahanan SPRM sejak 10 hari lalu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah. Turut hadir, seramai 100 penyokong Abdul Azeez memakai baju…










