95 mangsa banjir masih di 3 PPS - Utusan Malaysia

95 mangsa banjir masih di 3 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG 19 Okt. – Seramai 95 mangsa banjir daripada 25 keluarga di daerah ini masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Simpang Renggam setakat pukul 8 pagi ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga kawasan di Simpang Renggam yang masih terjejas adalah Kampung Parit Hassan, Kampung Parit Haji Hassim dan Kampung Kolam Air.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 15 orang daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Parit Hassan yang dibuka pukul 8.20 pagi semalam, manakala 32 daripada 11 keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Parit Haji Hassim yang dibuka pukul 12 tengah hari semalam.

Baki 48 orang daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kolam Air yang dibuka pukul 3.30 petang semalam.

“Hujan lebat bermula pukul 5 pagi semalam di kawasan rumah mangsa bertanah rendah dan tiada saliran untuk air mengalir ke permukaan yang lebih rendah telah menyebabkan banjir kilat.

“Setakat ini keadaan cuaca mendung dan pemantauan berterusan dilakukan oleh agensi-agensi terlibat,” demikian menurut kenyataan berkenaan sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN