PERMATANG PAUH 10 Okt. – Sebanyak 9.5 peratus pelajar sekolah menengah di negeri ini didapati pernah merancang untuk membunuh diri manakala enam peratus pernah cuba membunuh diri. Data itu diperoleh daripada Tinjauan Keselamatan Remaja Kebangsaan 2017 yang turut menyaksikan 18.5 peratus pelajar di negeri ini mengalami kemurungan. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Wan Mansor Hamzah berkata, biarpun data yang diperolehi itu tidak serius, namun perlu diberi perhatian khusus kerana membimbangkan sekiranya berlaku…










