60 tan batang pokok dialihkan - Utusan Malaysia

60 tan batang pokok dialihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Lebih 60 tan batang pokok berjaya dialihkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) susulan kejadian ribut yang melanda daerah ini kelmarin.

Pengarah Jabatan Perkhid­matan Persekitaran (JPP) MPK, Dawari Daud berkata, pengalihan pokok itu melibatkan sebanyak 14 buah lori di 33 buah kawasan daripada 74 aduan yang terima berkaitan kejadian pokok tumbang.

“Kerja-kerja pengalihan itu turut dilakukan di Jalan Sentosa, Jalan Pekan Baru 26, Jambatan Connaught, Jalan Kelicap 43, Jalan Pelangi dan Jalan Bukit Jawa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penugasan pengalihan pokok-pokok ini dilakukan bermula pukul 4 petang kelmarin dan dijangkakan aktiviti pembersihan di semua kawasan terlibat akan selesai dilakukan pada Jumaat ini,” katanya ketika ditemui pembe­rita di sini semalam.

Kosmo! turut difahamkan kerja-kerja pembersihan MPK itu juga meliputi penebangan pokok-pokok berisiko tinggi yang boleh tumbang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini