NEW DELHI 20 Okt. – Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh apabila sebuah kereta api merempuh sekumpulan orang ramai yang sedang menyaksikan pertunjukan bunga api di Punjab, India, malam tadi. Sebanyak 90 orang lagi dilaporkan cedera dalam kemalangan itu dengan kebanyakannya parah sehingga mengakibatkan hospital kehabisan ruang bagi menempatkan mangsa terbunuh sehingga memaksa mayat-mayat diletakkan di luar premis. Bencana dekat bandar Amritsar di utara negara ini mencetuskan tuntutan baharu bagi pembaharuan keselamatan…










