KUALA LUMPUR 17 Okt.- Seramai 53 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Mega 3.0 kerana terlibat dalam aktiviti tidak bermoral di sebuah hotel di Kepong di sini hari ini.
Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam kenyataan di sini berkata, turut ditahan dalam operasi itu tiga warga tempatan yang disyaki sebagai penjaga premis dan kapten.
“Bertindak dari hasil risikan dijalankan selama seminggu oleh Unit Risikan, Operasi dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) telah menyerbu sebuah hotel sekitar Kepong yang mempunyai dua premis di dalamnya iaitu spa serta pub dengan menawarkan wanita warga asing bagi tujuan aktiviti tidak bermoral.
“Serbuan tersebut telah menahan kesemua wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di premis tersebut dan mereka boleh dibawa keluar untuk bermalam di hotel dengan persetujuan bersama bergantung kepada bayaran,” katanya di sini. – UTUSAN ONLINE










