52 pelajar tahfiz keracunan makanan - Utusan Malaysia

52 pelajar tahfiz keracunan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 19 Okt. – Seramai 52 pelajar Tahfiz Darul Ulum di sini, dipercayai mengalami keracunan makanan selepas mengadu sakit perut dan muntah pagi tadi.

DR. ZAINUDIN MOHD. ALI
ZAINUDIN

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, kesemua mangsa dikatakan mula mengalami simptom berkenaan kira-kira pukul 4 pagi.

Katanya, sebelum kejadian, pelajar berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu menikmati ayam masak kunyit yang disedekahkan oleh orang awam untuk makan malam.

“Seramai 36 pelajar telah mendapat rawatan pesakit luar di Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar dan 33 daripadanya telah dibenarkan pulang ke pusat tahfiz manakala tiga orang lagi masih di pantau di wad kecemasan.

“Seramai 16 orang pelajar lagi dirawat oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Ampangan di pusat tahfiz tersebut dan kesemua pelajar berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Zainudin berkata, siasatan telah dijalankan di kediaman individu yang menyumbangkan ayam goreng kunyit tersebut dan mendapati kebersihan tempat penyediaan makanan adalah memuaskan.

“Setakat ini, beberapa sampel makanan telah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh untuk ujian selanjutnya dan keputusan dijangkakan diperoleh dalam tempoh satu hingga dua minggu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN