JAKARTA 7 Okt. – Sekurang-kurangnya 5,000 orang dipercayai hilang daripada dua kawasan di Palu, lebih seminggu selepas bandar itu dilanda bencana berganda, gempa bumi dan tsunami, sekali gus menjadi petunjuk lebih banyak mangsa terbunuh berbanding angka korban setakat ini. Jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata, mereka telah menemukan sebanyak 1,763 mayat akibat gempa bumi berukuran 7.5 Richter dan tsunami yang melanda Sulawesi 28 September lalu. Namun terdapat…










