5 cedera kereta api bertembung - Utusan Malaysia

5 cedera kereta api bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM – Lima penumpang cedera selepas tren komuter yang baru mahu memulakan perjalanan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Pelabuhan Klang, Se­langor bertembung de­ngan tren kargo di ste­sen berkenaan di sini awal pagi semalam.

Kejadian yang berlaku pada pukul 6.02 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kematian.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyata­an menjelaskan, tren kargo dengan muatan 30 gerabak itu dalam perjalanan dari Stesen Jalan Kastam, Pelabuhan Klang ke Terminal Kargo Ipoh (ICT), Ipoh.

“KTMB memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan kerja-kerja baik pulih serta siasatan lanjut berkaitan insiden ini sedang dijalankan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN