BANGKOK 7 Okt. – Soal kebajikan 421 orang rakyat Malaysia yang kini sedang ditahan di penjara-penjara seluruh Thailand tidak pernah terlepas daripada perhatian pihak kedutaan Malaysia di negara itu. Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata, pihak kedutaan negara mengambil berat kebajikan setiap rakyat Malaysia yang berada di negara ini, walaupun mereka merupakan seorang banduan. “Kita memberi perhatian terhadap soal kebajikan setiap rakyat Malaysia di Thailand, walaupun mereka berada…










