KUALA LUMPUR 9 Okt. – Maklumat yang didedahkan Pas mengenai 4,000 Projek Mesra Rakyat dengan anggaran keseluruhan nilai projek berjumlah lebih RM100 juta dimansuhkan sehingga Julai tahun ini bukan khabar angin seperti didakwa sesetengah pihak. Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, semua projek tersebut adalah Projek Mesra Rakyat di setiap Parlimen kecuali di Wilayah Persekutuan dan Perlis dengan dana khas diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan diselia Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).…










