PUTRAJAYA 7 Okt. – Telekom Malaysia (TM), Maxis, Celcom dan TIME dotCom (TIME) kini menawarkan pakej permulaan jalur lebar talian tetap pada harga kurang daripada RM100. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan memaklumkan, penurunan harga yang dibuat oleh empat syarikat telekomunikasi itu lanjutan daripada penguatkuasaan Standard Mandatori Mengenai Capaian (MSAP). Pakej permulaan itu adalah TM (30 Mbps) pada harga RM79 berbanding RM139 (sebelum pelaksanaan MSAP) iaitu…










