3,000 peserta meriahkan Hari Sukan Negara peringkat negeri - Utusan Malaysia

3,000 peserta meriahkan Hari Sukan Negara peringkat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 13 Okt. – Lebih 3,000 peserta memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri di Kompleks Belia dan Sukan negeri di sini hari ini.

Perasmian program tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How.

Peserta program terdiri daripada pelbagai agensi termasuk badan bukan kerajaan, pelajar sekolah dan penduduk setempat yang mula membanjiri pekarangan kompleks itu seawal pukul 7 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelbagai acara menarik disediakan termasuk kayuhan ikonik 15 kilometer (km), fun walk 5km, senamrobik, bola jaring, pertunjukkan taekwando, sukan orang kurang upaya (OKU), cabutan bertuah dan pameran agensi.

Sementara itu, Howard ketika ditemui berkata, Hari Sukan Negera diadakan serentak di 12 daerah dan 15 sub daerah di seluruh negeri ini dengan penglibatan lebih 300,000 peserta.

Katanya, program yang mendapat sambutan ramai itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang atlet Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma Perak.


“Program ini bukan sahaja mampu menarik minat dan mendidik orang ramai tentang kepentingan bersukan dalam meningkatkan prestasi kesihatan dan kecerdasan diri malah mencungkil bakat-bakat baharu dalam pelbagai bidang sukan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini