IPOH 13 Okt. – Lebih 3,000 peserta memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri di Kompleks Belia dan Sukan negeri di sini hari ini. Perasmian program tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How. Peserta program terdiri daripada pelbagai agensi termasuk badan bukan kerajaan, pelajar sekolah dan penduduk setempat yang mula membanjiri pekarangan kompleks itu seawal pukul 7 pagi. Pelbagai acara menarik disediakan termasuk kayuhan…










