KLUANG 19 Okt. – Tiga pusat pemindahan banjir sementara di Simpang Renggam yang menempatkan mangsa banjir sejak semalam ditutup petang ini apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri dalam satu kenyataan memaklumkan,
PPS Dewan Parit Hassan ditutup pukul 11 pagi, manakala PPS Balai Raya Kampung Parit Haji Hassim (3 petang) dan PPS Dewan Kolam Air pukul 4 petang.
Terdahulu, seramai 129 mangsa daripada 36 keluarga ditempatkan di ketiga-tiga PPS berkenaan sejak semalam selepas kediaman mereka dilanda banjir. – UTUSAN ONLINE










