CAMERON HIGHLANDS – Tiga pekerja ladang warga Myanmar termasuk sepasang suami isteri maut selepas pondok yang diduduki mereka ditimbus tanah runtuh dalam kejadian di Kampung Tiga, Pos Terisu, Batu 49, Kuala Terla di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, tiga mangsa yang maut ialah pasangan suami isteri Aung Thong dan Naing Vai masing-masing berusia 23 tahun. Seorang lagi mangsa ialah Mu Aye Aye, 34. Aye…










