24 pendaki tawan Gunung Rajah - Utusan Malaysia

24 pendaki tawan Gunung Rajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 7 Okt. – Seramai 24 pendaki daripada beberapa kelab berjaya menawan Gunung Rajah dalam misi mengibarkan Jalur Gemilang di puncak gunung tersebut dekat sini, baru-baru ini.

Ketua kumpulan pendaki berkenaan, Ibrahim Chan berkata, pendakian melalui Chamang di sini melibatkan peserta dari negeri ini, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

“Kesemua peserta yang kali pertama mendaki gunung ber­kenaan memulakan pendakian pada pukul 1.18 pagi dan sampai ke puncak pada pukul 9.20 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cabaran dalam pendakian ini adalah trek panjang dan pendakian awal pagi dalam keadaan yang gelap memerlukan stamina serta persediaan mental yang kuat,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, pendakian yang tidak melibatkan aktiviti perkhemahan itu mengambil masa 15 jam melibatkan lapan jam pendakian dan tujuh jam untuk turun.

Katanya, meskipun penat, kesemua peserta seronok dan berpuas hati kerana dapat menawan gunung berkenaan dan mengibarkan Jalur Gemilang.

“Kami akan meneruskan aktiviti pendakian melibatkan pelbagai kelab dari semasa ke semasa ke pelbagai tempat yang mempunyai cabaran berbeza,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini