2,296 kes kanak-kanak perlu pemeliharaan, perlindungan di Sabah  - Utusan Malaysia

2,296 kes kanak-kanak perlu pemeliharaan, perlindungan di Sabah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELURAN – Sebanyak 2,296 kes dicatatkan membabitkan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan di negeri ini yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah sejak 2010 hingga Julai lepas.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata, ia meliputi kategori pengabaian sebanyak 984 kes, penderaan seksual (908 kes), penderaan fizikal (363 kes), pembuangan bayi (35 kes) dan penderaan emosi (enam kes).

Katanya, bagi kes perkhidmatan akhlak, terdapat 5,493 kes iaitu di bawah kategori jenayah sebanyak 5,058 kes dan tidak terkawal sebanyak 435 kes. 

Menurutnya, bagi kes perlindungan dan pemulihan pula, terdapat 77 kes bagi kategori kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral manakala 186 kes bagi kanak-kanak yang memerlukan perlindungan segera.

“Melihat daripada statistik itu, ia jelas menunjukkan bahawa risiko kemalangan, keselamatan dan pendedahan kepada gejala sosial kalangan kanak-kanak boleh berlaku di mana-mana sahaja serta pada bila-bila masa,” katanya ketika merasmi dan menutup Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sekolah Peringkat Bahagian Sandakan di sini, hari ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN