ISTANBUL – Seramai 22 orang termasuk kanak-kanak terbunuh semalam apabila sebuah kenderaan membawa imigran yang ingin menuju ke Greece terhumban dari lebuh raya ke dalam sebuah terusan di barat Turki, lapor media tempatan. Kenderaan itu yang dipercayai sebuah lori, sedang dalam perjalanan di lebuh raya dekat dengan sebuah lapangan terbang di wilayah Izmir apabila ia terbabas dan jatuh pada ketinggian beberapa meter ke dalam terusan itu, demikian menurut agensi berita Anadolu. Kewarganegaraan imigran-imigran itu masih belum dapat dipastikan. Seramai 22 orang terbunuh, kata Anadolu, meningkat daripada jumlah kematian awal seramai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya