KLUANG 3 Okt. – Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian menetak seorang lelaki yang sedang tidur bersama-sama isterinya di kediaman mereka di Kampung Siam, Layang-Layang dekat sini, pagi semalam. Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, mangsa berusia 48 tahun ditetak dengan parang panjang di bahagian kepala dan badan hingga mendatangkan cedera parah iaitu keretakan tengkorak kepala dan patah tulang kedua-dua belah bahu kanan dan kiri. Ketua Polis daerah,…










