SABAK BERNAM – Polis berjaya merampas dadah bernilai lebih RM8,000 selepas menahan dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan menerusi Ops Tapis di Jalan Pusara, Sungai Besar, di sini, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Islam berkata, dadah yang dirampas masing-masing jenis heroin seberat 169.78 gram dan dadah jenis syabu seberat 16.12 gram. Katanya, hasil pemeriksaan polis ke atas suspek pertama berusia 26 tahun telah…










