2 ditahan perdaya RM550,000 guna nama Institusi Diraja Johor - Utusan Malaysia

2 ditahan perdaya RM550,000 guna nama Institusi Diraja Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 5 Okt. – Dua lelaki berusia 37 dan 48 tahun ditahan polis kerana disyaki melakukan penipuan membabitkan wang berjumlah RM550,000 dengan menggunakan nama Institusi Diraja negeri ini.

Bayi meninggal bukan kerana khidmat doula - Polis
Asisten Komisioner Shahurinain Jais

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kedua-dua suspek menipu seorang mangsa yang mahu membuat pembayaran tunggakan bil air syarikat mangsa.

Katanya, suspek masing-masing ditahan di Pontian dan Skudai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa menyamar sebagai seorang pegawai sebuah syarikat korporat dan mempunyai hubungan rapat dengan Institusi Diraja negeri.
“Suspek menawarkan kepada mangsa untuk membantu menyelesaikan isu pembayaran tunggakan bil air syarikat mangsa sebanyak RM550,000,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah Shahurinain, mangsa kemudian membuat semakan dengan pihak syarikat korporat terlibat dan mendapati tiada sebarang pembayaran dibuat.

Sehubungan itu, kedua-dua suspek kini dikenakan tahanan reman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini