APABILA bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dihadapkan ke mahkamah, ia boleh memberi gambaran isu 1MDB yang meruntuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berada di penghujungnya. Keadaan itu juga sekali gus memberi isyarat kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan cukup-cukuplah menjadikan skandal 1MDB sebagai alasan untuk mengalih isu terhadap pelbagai janji yang tidak ditunaikan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Sekarang kes itu…










