JAKARTA 1 Okt.- Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 191,000 penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan segera berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi Tengah, menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan berkata, angka itu turut merangkumi 46,000 kanak-kanak dan 14,000 warga tua, kebanyakannya berada di kawasan yang bukan menjadi fokus operasi bantuan kerajaan Indonesia. -AFP










