1,400 anggota bomba Selangor siap siaga hadapi air pasang besar - Utusan Malaysia

1,400 anggota bomba Selangor siap siaga hadapi air pasang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seramai 1,400 anggota bomba dan penyelamat Selangor kini telah bersiap sedia bagi menghadapi fenomena air pasang yang dijadualkan berlaku bermula hari ini hingga Khamis. 

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata, kesiapsiagaan itu juga termasuk daripada aspek peralatan terutama bot bagi membantu dalam operasi pemindahan mangsa ke sebarang pusat pemindahan sekiranya dibuka nanti. 

“Tumpuan kini diberikan di kawasan pesisir pantai iaitu di Pelabuhan Klang, Tanjung Karang, Sabak Bernam dan Kuala Selangor yang merupakan kawasan yang dijangka terkesan akibat fenomena itu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan menggerakkan anggota-anggota dari balai lain di sekitar negeri ini di kawasan terjejas sekiranya keadaan memerlukan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini selepas menerima sumbangan RM32,000 bagi waris enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat sebelum ini. 

Unit pengurusan Bencana Selangor dalam satu kenyataan sebelum ini menyatakan negeri Selangor juga dijangka menerima paras hujan tertinggi sepanjang Oktober berdasarkan kepada maklumat daripada Pejabat Meteorologi Malaysia.

Diramalkan paras air pada 9 Oktober mampu mencecah 5.5 meter ketika air pasang pada 6.02 pagi dengan paras tertinggi 5.6 meter pada jam 6.39 pagi, Rabu ini.

Selepas paras 5.5 meter pada jam 7.13 pagi Khamis, paras air kembali ke paras rendah keesokan harinya.

Mengulas lebih lanjut, Azmi menegaskan bahawa tiada sebarang pembekuan cuti dikenakan kepada semua anggota dan pegawai bomba di seluruh negeri sepanjang berlakunya fenomena air pasang besar itu. 

“Bagaimanapun, kita akan mengawal cuti-cuti tersebut dengan hanya 20 peratus daripada jumlah keseluruhan 1,400 anggota sahaja dibenarkan bagi satu-satu masa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini