12 cedera tragedi runtuhan jeti - Utusan Malaysia

12 cedera tragedi runtuhan jeti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seramai 35 pelajar dan lima pensyarah dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berdepan detik cemas apabila jeti konkrit yang mereka lalui ketika melawat kawasan Pulau Anak Tikus, Langkawi dekat sini runtuh petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu mengakibatkan 12 mangsa cedera dengan seorang daripadanya dilaporkan parah apabila mengalami kecederaan pada pinggang.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Zamani Ismail berkata, pihak­nya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.53 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Berdasarkan laporan awal, sebuah jeti konkrit di pulau tersebut tiba-tiba runtuh dan ketika kejadian, seramai 40 mang­sa terlibat.

“Pemeriksaan mendapati 12 daripada kumpulan itu mengalami kecederaan dan seorang daripadanya parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN