YKAT ucap takziah pada keluarga Allahyarham Pak Ngah - Utusan Malaysia

YKAT ucap takziah pada keluarga Allahyarham Pak Ngah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Pak Ngah dan menyifatkan pemergian komposer berkenaan sebagai satu kehilangan besar pada industri.

DJ Dave berkata, Pak Ngah atau Datuk Suhaimi Mohd. Zain, 60, merupakan individu berbakat besar dan banyak mencuruhkan bakti kepada perkembangan industri hiburan tanah air.

“Ia adalah kehilangan yang amat besar buat industri seni negara, khususnya dalam perjuangan Irama Malaysia. Kita semua akan merinduinya selepas ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucap salam takziah kepada keluarga Allahyarham Pak Ngah dan marilah kita semua berdoa semoga rohnya di cucuri rahmat,” jelas DJ Dave dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, DJ Dave turut menyelar tindakan golongan yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan khabar angin berita kematian palsu melibatkan golongan selebriti tempatan di media sosial.

“Hal kematian tidak wajar dijadikan bahan permainan di media sosial dengan sewenang-wenangnya. Perlu disahkan sumbernya oleh ahli keluarga terlebih dahulu. Itu yang menjadi amalan media utama di negara kita sebelum ini dan perlu dicontohi.

“Sikap sesetengah blogger yang sengaja menjadikan isu kematian artis sebagai bahan berita mereka walaupun sumbernya tidak sahih tidak wajar kerana setiap penulisan perlulah punya intergriti.

“Kasihanilah keluarga artis tersebut. Kita tidak boleh menulis tentang berita yang tidak benar, terutamanya membabitkan kematian. Ia bukan etika yang baik kerana soal kematian orang lain bukanlah berita yang boleh disensasikan,” katanya.

DJ Dave turut mengharapkan agar orang ramai mendoakan kesejahteraan penyanyi popular Saleem yang kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini kembali pulih dan sihat seperti biasa.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini