IPOH – Gimnas Wilayah Persekutuan, Rayna Hoh Khai Ling, Iman Alisha Fakhri Yassin, Jingle Shak Qi dan Ng Joe Ee memperagakan aksi mengagumkan, sekali gus menepati ramalan untuk memenangi pingat emas gimrama berpasukan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Stadium Indera Mulia semalam. Wakil ibu kota itu mengumpul 136.250 mata mengatasi pencabar terdekat, Selangor (110.600 mata) manakala pasukan tuan rumah, Perak mengutip 108.500 mata untuk memenangi gangsa. Wilayah Persekutuan terus…










