KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan untuk membimbing 12 lagi syarikat yang dibangunkan usahawan wanita di bawah Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP) pada tahun depan. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bahagian Pembangunan Pengeksport, Sharimahton Mat Saleh berkata, sejak diwujudkan pada tahun 2005, sebanyak 251 syarikat telah menamatkan latihan di bawah program itu. “Menurut data Matrade, daripada kesemua syarikat pengeksport yang berdaftar dengan kami, kurang daripada 20 peratus…










