Wanita mengandung 9 bulan maut kemalangan melibatkan dua kenderaan - Utusan Malaysia

Wanita mengandung 9 bulan maut kemalangan melibatkan dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR – Sepasang suami isteri dan seorang anggota polis maut dalam kemalangan maut membabitkan dua kenderaan di Kilometer 17.5 Jalan Kangar-Padang Besar di sini pada pukul 9.30 malam tadi semasa hujan lebat dan angin ribut di seluruh Perlis.

Kemalangan maut ini membabitkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Murano dan sebuah Perodua Viva.

Pemandu kereta Perodua Viva, Konstabel Muhammad Amirul Naim Aziz yang berusia 24 tahun meninggal dunia sementara pemandu Nissan Murano, Mohd. Hafiz Johari, 28, dan isterinya, Siti Asmah Abdul Khalid, 27, yang mengandung sembilan bulan maut juga maut dilokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Pemangku Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati, kenderaan Perodua Viva keluar dari simpang jalan membelok ke kanan menuju Kangar.

“Dalam masa yang sama, kenderaan yang dipandu Allahyarham Mohd. Hafiz tidak sempat mengelak yang menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas dan melanggar papan tanda di persimpangan jalan.

“Ketiga-tiga mangsa maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Ketiga-tiga mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk proses bedah siasat.

Dalam perkembangan berkaitan,  isteri Allahyarham Muhammad Amirul dalam keadaan kritikal sementara dua anak perempuannya yang berusia empat bulan dan dua tahun mendapat rawatan lanjut di HTF.

Anak kepada pasangan suami isteri yang maut itu pula mengalami kecederaan ringan juga di rawat di HTF.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siti Hasmah dijangka melahirkan anak keduanya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN