Wanita Indonesia laku samun direman - Utusan Malaysia

Wanita Indonesia laku samun direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Cubaan seorang wanita warga Indonesia menyamun dengan menyimbah air cili terhadap seorang pelanggan wanita di sebuah pusat beli-belah gagal apabila ditahan dalam kejadian di Taman Maluri, Cheras, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan pukul 7 malam pada hari kejadian oleh orang awam dan anggota polis bantuan pusat beli-belah berkenaan.

“Suspek direman 14 hari bermula hari ini dan disiasat di bawah Akta Imigresen. Kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,” katanya.

Sebelum ini, kejadian samun terbabit difahamkan tular dalam media sosial. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN