LUMUT 13 Sept.- Seorang wanita cedera ditikam dalam kejadian samun di kawasan kebun betik di Kampung Tengah di sini semalam. Mangsa berusia lingkungan 30-an cedera akibat ditikam pada bahagian perut dan lutut kiri. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa sempat menghubungi majikannya mengenai kejadian itu pada pukul 7.45 pagi sebelum majikannya membuat laporan polis. Menurutnya, majikannya ke tempat kejadian dan apabila sampai mangsa ditemukan dalam…










