KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung kes syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapati sebanyak AS$972 juta (RM2.97 bilion) telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim (gambar) berkata, transaksi itu dilakukan melalui tiga fasa menerusi tiga syarikat iaitu Good Star, AABAR dan Tanore.
“Sehingga kini, sebanyak 132 transaksi penggunaan wang haram telah dikenal pasti dan polis juga telah merakamkan percakapan daripada 64 individu termasuk Najib serta anak perempuannya, Nooryana Najwa.
“Polis juga telah mengenal pasti lebih 50 individu dalam dan luar negara termasuk beberapa ahli politik yang terlibat dalam menerima wang transaksi tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.










