JOHOR BAHRU 5 Sept. -Sejak cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenal pada 1 September lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri ini menerima sebanyak 25 aduan daripada pengguna. Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Aris Mamat memberitahu, pihaknya akan menyiasat aduan yang diterima bagi memastikan pelaksanaan SST berjalan lancar. “Peniaga yang dikesan menaikkan harga barang tanpa sebab akan diberikan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan…










