[VIDEO] PRK Port Dickson: PRM minta Pas tarik diri - Utusan Malaysia

[VIDEO] PRK Port Dickson: PRM minta Pas tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Ahmad Kamarudin meminta Pas untuk menarik diri.

Ahmad berkata, sekiranya PAS menarik diri ia akan memberi peluang kepada PRM untuk menang pada pilihan raya tersebut.

“Sekiranya Pas tarik diri saya akan berpeluang untuk bersemuka dengan Anwar Ibrahim secara satu lawan satu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya bertanding untuk memastikan kebajikan rakyat terus diperjuangkan dan saya yakin PRM berpeluang untuk menang dalam PRK di Port Dickson,” kata Ahmad dalam sidang akhbar pengumuman calon PRM di sini hari ini.

Ahmad yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Kapar menyifatkan tindakan PKR mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai budaya politik yang amat tidak sihat.

“Seperti yang kita sedia maklum ini adalah kali ketiga PRK terpaksa di adakan hanya kerana sifat gelojoh ingin ke puncak kuasa pemimpin.

“Untuk PRK yang akan datang rakyat di Port Dickson di heret sekali lagi untuk memilih ahli parlimen baru dengan alasan ingin mengembalikan Anwar Ibrahim dalam pentadbiran Politik Kerajaan,” ujarnya.

Ahmad pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bertanding menentang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa. Beliau bagaimanapun hanya menerima 116 undi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa PRK Parlimen Port Dickson PRM, Koh Swe Yong berkata, parti itu mengambil bahagian dalam PRK tersebut sebagai langkah untuk menyebarkan falsafah dan cita-cita PRM.


“Dengan meletakkan calon dalam pilihan raya, rakyat akan lebih memahami asas penubuhan PRM dan apa yang kami perjuangkan.


“Ini merupakan satu langkah yang kami ambil untuk menyebarkan falsafah dan cita-cita perjuangan PRM,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini