[VIDEO] Najib dibawa ke JSJK Bukit Aman - Utusan Malaysia

[VIDEO] Najib dibawa ke JSJK Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Sept. – Kenderaan membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 8.55 pagi.

Kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam membawa Najib itu yang diiringi beberapa kenderaan pengiring SPRM dan polis dikatakan menuju ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman terlebih dahulu untuk merekod kenyataannya.

Pihak polis akan merakam percakapan beliau bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Najib kemudiannya akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 3 petang hari ini untuk pertuduhan di mahkamah.

Beliau yang ditahan sejak semalam di SPRM akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN