KUALA LUMPUR 27 Ogos – Pertandingan Video Pendek #muhibah Utusan Malaysia-Utusan Online mampu membantu pelajar mencapai masa depan yang cerah kerana turut memupuk dan membentuk kemahiran dan kreativiti para peserta. Ketua Unit Sektor Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Shaharizan Ibrahim berkata, Kementerian Pendidikan sentiasa menyokong penyertaan pelajar dalam pertandingan yang dapat membantu mengembangkan bakat dan kemahiran mereka selain kedua-dua faktor tersebut. “Pertandingan video pendek ini yang berlangsung sejak awal tahun…










