SETELAH dua tahun berada di negara ini sebagai Duta Belanda ke Malaysia, Karin Mossenlechner menyifatkan Malaysia cukup istimewa berbanding negara-negara lain di dunia terutamanya tentang bagaimana masyarakatnya meraikan pertembungan budaya. “Sepanjang di negara ini, saya menghadiri pelbagai sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baharu Cina dan macam-macam lagi. “Meskipun Malaysia adalah sebuah negara yang maju, rakyatnya masih mengekalkan budaya dan adat masing-masing, menjadikan negara ini sangat istimewa dan…










