[VIDEO] Laporan SPRM dibuat terhadap dakwaan salah guna kuasa Setiausaha Politik - Utusan Malaysia

[VIDEO] Laporan SPRM dibuat terhadap dakwaan salah guna kuasa Setiausaha Politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 25 Sept. – Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan, Ahmad Syukri Che Razak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa seorang Setiausaha Politik di sebuah kementerian.

Menurut Ahmad Syukri, beliau juga telah menyerahkan gambar mesyuarat dan rakaman audio berhubung tindakan Setiausaha Politik itu cuba menyogok pemimpin-pemimpin setempat PKR di sebuah lokasi di Pahang pada 1 September lalu dengan tujuan berkaitan pemilihan parti itu.

“Dalam mesyuarat tersebut, Setiausaha Politik ini telah menawarkan kontrak pembangunan atau pembaikpulihan infrastruktur bernilai RM20,000 kepada setiap pemimpin-pemimpin setempat yang hadir.

“Beliau juga memaklumkan bahawa beliau akan mendapat peruntukan RM300,000 dari sebuah kementerian lain dan bakal juga mendapat peruntukan dari satu lagi kementerian untuk diagih-agihkan kepada pemimpin-pemimpin setempat,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Katanya, beliau mendapat maklumat mengenai perkara tersebut pada 24 September lalu menerusi sebuah ‘pendrive’ yang diserahkan oleh seorang pengadu.

Jelas beliau, pihaknya berharap SPRM dapat melakukan siasatan terhadap perkara tersebut memandangkan individu tersebut merupakan salah seorang calon jawatan Majlis Pimpinan Pusat PKR selain turut bertanding bagi jawatan Ketua Cabang di kawasannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN