KUALA LUMPUR 19 Sept. – Tiga premis tanpa lesen perniagaan sah yang disyaki menjual arak tiruan ditutup dalam serbuan di Kampung Baru Sungai Buloh di sini hari ini. Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata, pihaknya memandang serius tentang masalah arak haram di negeri itu. “Buat masa ini, kami masih lagi mengesan pemilik premis-premis ini. Mereka menjalankan perniagaan tanpa lesen…










