JOHOR BAHRU 3 Sept. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Johor Bahru akan menyediakan sebuah kabinet khas di lokasi terpilih bagi membolehkan sesiapa sahaja menderma makanan untuk penuntut mereka. Diberi nama Almari Kasih Sayang (Caring Cabinet), konsep tersebut sudah diperkenalkan di kampus universiti itu di Kuala Lumpur dan akan diwujudkan di sini dalam masa terdekat. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Prof. Dr. Durrishah Idrus berkata, kabinet khas itu…

 
								 
											









