TEKAD mahu keluar daripada kepompong kemiskinan, seorang anak muda kelahiran Kedah mula mempelajari pembuatan kuih tradisional rempeyek seawal usia 20 tahun. Mohamad Zainal Azmi, 28, berkata, selepas tamat pendidikan tingkatan enam jurusan Sastera di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Ketil, dia melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi di ibu negara. Bagaimanapun, akibat kesempitan hidup, pengajiannya terpaksa ditamatkan. “Saya mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian dan pulang ke kampung bagi membantu keluarga,”…










