ITOGON, Filipina – Beratus-ratus anggota pasukan penyelamat Filipina menggunakan penyodok dan tangan untuk menggali di celah-celah tanah runtuh yang dikhuatiri mengorbankan berpuluh-puluh mangsa di rantau yang paling teruk terjejas akibat Taufan Mangkhut. Setakat ini, seramai 74 orang disahkan terkorban dalam bencana itu. Taufan paling kuat pada tahun 2018 itu merosakkan banyak kediaman dan menyebabkan kawasan pertanian utama di utara Filipina dilanda banjir. Mangkhut kemudian membadai Hong Kong dan selatan China,…










