KUALA TERENGGANU – Hakim Syarie Terengganu Rosdi Harun menegur segelintir pihak yang dilihat mempertikaikan bidang kuasa dan hukuman yang dijatuhkan terhadap pesalah syariah di negeri ini oleh Mahkamah Syariah Terengganu. Teguran itu disuarakan pada awal prosiding jatuh hukum terhadap seorang ibu tunggal berumur 30 tahun yang mengaku bersalah atas kesalahan persediaan melacurkan diri di sebuah hotel di sini 17 September lalu. Mengambil contoh kes sebatan yang dijatuhkan terhadap dua wanita…










