KUALA LUMPUR 27 Sept. – Demi memelihara sejarah dan warisan pekan Tanjung Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil inisiatif melancarkan buku Warisan Tanjong Malim yang memaparkan pelbagai sejarah dan peristiwa yang berlaku di Tanjung Malim. Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, buku tersebut penting khususnya bagi generasi muda yang berminat mahu mendalami sejarah negara. “Kelemahan masyarakat kita secara keseluruhannya ialah kita tidak memberikan penekanan kepada sejarah.…










