MANCHESTER 22 Sept. – Manchester United berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas terikat 1-1 dengan Wolverhampton dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford, sebentar tadi. Dalam pertemuan itu Fred meledak jaringan pertamanya bersama Red Devils dan mendahului permainan pada separuh masa pertama. United bagaimanapun banyak mensia-siakan peluang di hadapan pintu gol dan akhirnya kealpaan mereka dihukum menerusi serangan balas pantas yang berjaya disudahkan Joao Moutinho yang melakukan rembatan deras ke arah penjuru kiri gawang untuk menyamakan kedudukan. Keputusan itu turut disaksikan bekas pengurus pasukan, Sir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya